Makanan...
"Gires" atau pekasam ikan diperbuat daripada ikan sungai yang diperap bersama nasi atau beras yang ditumbuk halus serta dicampur dengan garam halus. Ia dibiarkan selama beberapa hari untuk 'masak' dan sedia untuk dimakan. "Gires" sedap dicicah bersama cili dan air limau.
"Pangkang" atau "Bangkang" ialah sejenis makanan yang tidak jauh beza cara pembuatannya daripada lemang, cuma ia tidak menggunakan daun pisang sebagai pembalut. Santan yang digunakan juga sangat sedikit dan kulit buluhnya harus dibuang terlebih dahulu sebelum menghidangnya. Kulit buluh dikopek ibarat anda sedang mengopek kulit pisang. "Bangkang" boleh dicicah bersama lauk pauk atau dimakan begitu sahaja. Kebiasaannya, perantau yang hendak kembali ke bandar setelah bercuti di kampung akan membawa "bangkang" sebagai ole-ole mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)